Thursday, April 23, 2009

DI MANA SAYANG

EpiSod 2

Afika turun ke meja makan selepas namanya dipanggil. Afika hairan tengok tetamu yang datang. Dua lelaki dan seorang perempuan yang tidak dikenalinya. Mungkin kawan papa dan mama. Afika berfikir sejenak dan mengambil tempat duduk.



”Oh, inilah Afika. Manis orangnya. Bertuah Salmah ada anak yang cantik” puji Datin Azizah.

”Ala, selepas ini datin pun bertuah jugak, dapat menantu cantik” balas Datin Salmah, mama Afika.

Afika terus mencapai nasi dan lauk tanpa menghiraukan perbualan mereka. Sekali-sekala senyuman diukir di bibir Afika bagi menunjukkan yang dia tidak sombong. Sebaik selesai makan, Afika ke dapur untuk membasuh pinggan.

”Afika, datanglah sini” panggil Datin Salmah.

Afika meninggalkan pinggan mangkuk dan segera ke ruang tamu.

”Duduklah sini, tepi untie” kata Datin Azizah.

Afika lihat papa, Datuk Ahmad dan anak lelakinya berborak di luar. Entah apa la yang diborakkan. Masing-masing bergelak ketawa.

”Afika, sudi tak Afika jadi menantu untie. Jadi isteri Azahari.” tanya Datin Azizah kepada Afika

Afika tersentak. Terkejut dengan pertanyaan Datin Azizah.

”Mama dan papa dah setuju. Kami tunggu persetujuan dari Afika saja. Azahari budak baik. Dia tak akan sia-siakan Afika.”

”Afika nak fikir dulu boleh tak.” pinta Afika.

Datin Salmah dan Datin Azizah menganggukkan kepala.

Selepas 2 hari di rumah mamanya, Afika pulang ke rumah. Dia menceritakan apa yang berlaku dalam tempoh itu kepada rakannya, Liza. Liza juga terkejut seperti Afika selepas mendengar apa yang diceritakan Afika.

”Habis tu, apa keputusan kau?” tanya Liza.

”Aku terima saja kot. Lagipun mama dan papa dah setuju.” jawab Afika dengan nada yang rendah.

”Walau apapun keputusan kau, aku sentiasa doakan kau.” Liza memeluk Afika yang bagaikan hilang arah.

.................................................................................................................................

Namun Afika masih tidak dapat lupakan Ridzuan. Mereka masih berhubung sehingga sekarang walaupun jarang. Hidup Afika akan sunyi tanpa Ridzuan kerana mereka selalu bergaduh, bergurau senda, tak ubah seperti pasangan kekasih. Tetapi pada zahirnya, mereka hanyalah teman tapi mesra. Walaupun hati Afika sakit melalui semua itu, Afika tetap menyayangi Ridzuan. Semakin sakit hati Afika, semakin tebal perasaan sayang terhadap Ridzuan. Ridzuan tak pernah mengetahui perasaan sebenar Afika terhadapnya. Selepas berkawan 2 tahun, Afika dan Ridzuan berjaya bertemu walaupun sebelum ini pelbagai halangan menghalang mereka untuk bertemu. KLCC menjadi tempat pertemuan mereka. Tengok wayang, pergi kedai buku dan makan, itulah agenda mereka pada hari pertemuan mereka.

.................................................................................................................................

Afika mencapai telefon lalu mendail nombor telefon mamanya, Datin Salmah.

“Assalamualaikum, mama.”

”Waalaikummussalam, ada apa Fika?” tanya Datin Salmah.

”Fika terima lamaran Azahari” beritahu Afika dengan nada yang sayu.

”Alhamdulillah, mama sayang kamu”

Talian telefon diputuskan. Datin Salmah melonjak gembira mendengar apa yang diberitahu Afika.

”Abang, Afika terima lamaran anak Datuk Ahmad” beritahu Datin Salmah kepada suaminya, Datuk Mohamad.

”Baguslah, akhirnya dapatlah kita menimang cucu dengan cepat” kata Datuk Mohamad sambil memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.


2 comments: