Friday, May 1, 2009

DI MANA SAYANG episod 3

Berdebar-debar jantung tika kaki Afika melangkah memasuki kelas untuk kursus perkahwinan. Afika bersama-sama Azahari hadir untuk mendengar kuliah mengenai alam perkahwinan yang mereka akan tempuh sebulan lagi. Seminggu yang lepas, mereka ditunangkan. Selepas kelas tersebut, mereka singgah makan sebelum pulang.


”saya harap awak dapat terima saya seadanya” Afika membuka bicara.

”kenapa awak cakap begitu?” soal Azahari.

Afika memandang muka Azahari yang dapat mencairkan sesiapa yang memandang “ Tak ada apa-apa. Saya just cakap begitu ja. Awak nak makan ape?

“Nasi campur saja kot. Saya pegi ambil makanan dulu ya” balas Azahari.

.................................................................................................................................

Afika merebahkan badannya atas katilnya. Tiba-tiba kepalanya rasa berat. Esok ada lagi kelas kursus perkahwinan itu. Afika terasa malas hendak pergi kalau diikutkan hatinya. Tiba-tiba telefon berbunyi. Ada mesej baru masuk. Afika mencapai telefon bimbitnya yang berada dalam tas tangannya. Afika membuka mesej itu, datangnya dari Azahari.

”Afika, esok saya datang ambil awak macam biasa.”

Afika membalas dengan menyatakan ’ok’.

”Afika...!” panggil Liza.

”Ye, kejap lagi aku turun.” sahut Afika.

Afika turun ke ruang tamu selepas dipanggil sahabatnya beberapa minit yang lalu.

”Ada apa sayangku?” Afika bertanya sebaik duduk di sebelah Liza.

”Macam mana kursus perkahwinan kau? Berjalan lancar? Mesti seronok kan?” tanya Liza sambil ketawa-ketawa.

”Banyak la seronok. Mengantuk ada la. Bagaimanapun, semuanya ok. Dapat jugak la tambah pengetahuan. Aku macam tak percaya yang aku akan bergelar isteri orang sebulan lagi. Tapi aku masih fikirkan Ridzuan. Aku tahu Ridzuan untuk orang lain tapi aku tak dapat kikis perasaan sayang aku kat dia” luah Afika.

”Afika, kau jangan la fikir lagi tentang dia. Lama-lama surut la perasaan sayang kau kat dia. Lebih baik kau corcentrate kat Azahari dan rumah tangga yang kau bakal bina. Aku tahu kau akan bahagia dengan Azahari. Kau kan senang dan cepat sayangkan orang lain. Jadi tak ada masalah kan.” balas Liza sambil mengukir senyuman kepada Afika.

”Mana tau tahu ni?” duga Afika.

”Aku kan kawan kau dari universiti lagi. Plus roomate kau. Aku dah faham sangat kau macam mana. Dah sebelum ini tak ada orang yang rapat dengan kau, sebab tu kau hanya sayangkan Ridzuan kan. Betul tak?” Liza mendapatkan kepastian.

Afika segera berpaling ke arah lain. Melarikan pandangan ke syiling, ke luar dan merata-rata.

No comments:

Post a Comment