Friday, May 1, 2009

DI MANA SAYANG episod 4

”Nape muka awak nampak pucat?” soal Azahari selepas Afika masuk ke dalam keretanya. Afika hanya menggeleng lemah. Fikiran Afika serabut sangat. Afika tidak dapat melelapkan mata semalam mengenangkan nasib dia dan peristiwa-peristiwa yang lalu. Keadaan di dalam kereta ketika sunyi sepi. Dengan wajah Afika begitu, pelbagai pertanyaan hinggap di fikiran Azahari. Bimbang Azahari jika sesuatu berlaku kepada tunangnya. Datin Salmah pernah memberitahunya yang Afika senang dapat demam. Antibodinya lemah.


”Muka awak pucat ni. Kita pergi ke klinik ya” ujar Azahari.

”Tak perlulah. Awak bukan tak tahu yang saya ni berat nak berjumpa dengan doktor. Jangan risau la. Kejap lagi ok la saya.” balas Afika.

Azahari mengangguk. Tapi di hatinya resah dan bimbang.

.................................................................................................................................

3 minggu berlalu dengan pantas tanpa disedari. Minggu ini Afika akan melansungkan perkahwinan dengan Azahari. Kedua-dua belah pihak sedang sibuk merancang dan mengurus majlis yang bakal menjadi hari bersejarah bagi Azahari dan Afika. Afika duduk termenung di balkoni biliknya sambil memerhati persiapan-persiapan untuk hari esok.


Oleh kerana ini majlis perkahwinan yang pertama dilangsungkan oleh keluarga Datuk Mohamad, mereka berkeputusan untuk membuat majlis ini nampak ’grand’ dan besar-besaran. Afika melemparkan senyuman kepada sanak saudara dan jiran-jiran, tetapi jauh di lubuk hati Afika, dia berasa bedebar-debar. Afika memikirkan bagaimana kehidupan dia selepas bergelar isteri Azahari.

.................................................................................................................................

Azahari mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor bakal isterinya.

”Assalamualaikum”

”Waalaikumussalam” balas Afika.

”Fika tengah buat apa? Sibuk ke? Tanya Azahari.

”Saya tak ada buat apa-apa. Just tengok diorang tengah merewang. Ada apa awak telefon ni? Balas Afika.

“Saya rindukan awak. Saya harap saya dapat menjadi suami yang baik untuk awak. Saya sayangkan awak walaupun kita baru kenal. Saya tak akan sia-siakan awak.” Begitulah ungkapan yang keluar dari mulut Dr Azahari.

Afika terdiam. Lama sehingga Azahari hairan.

“Fika, awak dengar tak? Soal Azahari.

Afika tersentak. “Mama panggil saya la. Nanti bual lagi” beritahu Afika lalu memutuskan panggilan.


Itu hanyalah alasan semata-mata untuk Afika lari dari perbualan mereka sebentar tadi. Hati Afika berdebar-debar dan fikiran bertambah runsing. Adakah dia dapat menyayangi lelaki itu?


Afika pergi ke tandas lalu mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sambil dapat menenangkan jiwanya. Solat yang khusyuk disusuli dengan doa dipohon agar memberi petunjuk kepadanya agar rumah tangga yang terbina bahagia di dunia dan akhirat.

………………………………………………………………………………………………

Afika disolek oleh jurusolek yang ditempah mamanya. Muka Afika bertambah cantik selepas disolek. Afika tidak pernah meletakkan solekan ke mukanya. Bila pertama kali disolek, makin berseri wajahnya.


Afika turun ke bawah untuk menjemput rombongan pengantin lelaki di hadapan rumahnya. Semua tetamu terpana melihat anak perempuan Datuk Mohamad dan Datin Salmah. Bagai pinang dibelah dua. Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan kedua-dua pengantik. Sama cantik dan sama segak.

DI MANA SAYANG episod 3

Berdebar-debar jantung tika kaki Afika melangkah memasuki kelas untuk kursus perkahwinan. Afika bersama-sama Azahari hadir untuk mendengar kuliah mengenai alam perkahwinan yang mereka akan tempuh sebulan lagi. Seminggu yang lepas, mereka ditunangkan. Selepas kelas tersebut, mereka singgah makan sebelum pulang.


”saya harap awak dapat terima saya seadanya” Afika membuka bicara.

”kenapa awak cakap begitu?” soal Azahari.

Afika memandang muka Azahari yang dapat mencairkan sesiapa yang memandang “ Tak ada apa-apa. Saya just cakap begitu ja. Awak nak makan ape?

“Nasi campur saja kot. Saya pegi ambil makanan dulu ya” balas Azahari.

.................................................................................................................................

Afika merebahkan badannya atas katilnya. Tiba-tiba kepalanya rasa berat. Esok ada lagi kelas kursus perkahwinan itu. Afika terasa malas hendak pergi kalau diikutkan hatinya. Tiba-tiba telefon berbunyi. Ada mesej baru masuk. Afika mencapai telefon bimbitnya yang berada dalam tas tangannya. Afika membuka mesej itu, datangnya dari Azahari.

”Afika, esok saya datang ambil awak macam biasa.”

Afika membalas dengan menyatakan ’ok’.

”Afika...!” panggil Liza.

”Ye, kejap lagi aku turun.” sahut Afika.

Afika turun ke ruang tamu selepas dipanggil sahabatnya beberapa minit yang lalu.

”Ada apa sayangku?” Afika bertanya sebaik duduk di sebelah Liza.

”Macam mana kursus perkahwinan kau? Berjalan lancar? Mesti seronok kan?” tanya Liza sambil ketawa-ketawa.

”Banyak la seronok. Mengantuk ada la. Bagaimanapun, semuanya ok. Dapat jugak la tambah pengetahuan. Aku macam tak percaya yang aku akan bergelar isteri orang sebulan lagi. Tapi aku masih fikirkan Ridzuan. Aku tahu Ridzuan untuk orang lain tapi aku tak dapat kikis perasaan sayang aku kat dia” luah Afika.

”Afika, kau jangan la fikir lagi tentang dia. Lama-lama surut la perasaan sayang kau kat dia. Lebih baik kau corcentrate kat Azahari dan rumah tangga yang kau bakal bina. Aku tahu kau akan bahagia dengan Azahari. Kau kan senang dan cepat sayangkan orang lain. Jadi tak ada masalah kan.” balas Liza sambil mengukir senyuman kepada Afika.

”Mana tau tahu ni?” duga Afika.

”Aku kan kawan kau dari universiti lagi. Plus roomate kau. Aku dah faham sangat kau macam mana. Dah sebelum ini tak ada orang yang rapat dengan kau, sebab tu kau hanya sayangkan Ridzuan kan. Betul tak?” Liza mendapatkan kepastian.

Afika segera berpaling ke arah lain. Melarikan pandangan ke syiling, ke luar dan merata-rata.