Thursday, April 23, 2009

DI MANA SAYANG

EpiSod 1


Afika duduk seorang diri di balkoni rumahnya. Malam ini dia keseorangan kerana teman serumahnya pulang ke kampung. Biasalah hujung minggu. Di bawah langit yang berbintang-bintang, Afika teringatkan kisahnya yang dahulu. Tiba-tiba malam itu, dia teringatkan lelaki itu.


.................................

Afika mula berkenalan dengan lelaki itu melalui rakannya 7 tahun yang lalu. Afika senang berkawan dengan lelaki itu, Ridzuan namanya. Setiap hari mereka berhubung, sama ada bercakap di telefon atau mesej. Mereka tidak pernah berjumpa, tapi hubungan mereka memang rapat. Teman tapi mesra. Itulah ungkapan yang boleh diungkap bagi menilai perhubungan mereka. Selepas setahun berkawan, Ridzuan mengakui yang dia telah mempunyai kekasih tetapi dia sayangkan Afika. Ketika itu, hati Afika bagai dicarik-carik kerana Afika sudah mula menyayangi Ridzuan. Selama perkenalan mereka, Ridzuan selalu menyatakan yang dia sayangkan Afika. ”I love u sayang” itulah yang selalu diungkapkan Ridzuan.

.....................................................


Telefon berbunyi. Afika lekas masuk ke dalam rumah dan mencapai telefonnya.

”Afika, belum tidur lagi?” tanya Mama sebaik Afika mengangkat panggilannya.

”Belum lagi Ma, Afika tidak boleh tidur. Ada apa ma telefon malam-malam ni?” soal Afika kehairanan kerana Mamanya jarang menelefon malam-malam begini.

”Esok. Afika balik rumah Mama ye. Ok.” balas Mama.

”Baik Mama. Selamat malam.” Afika menamatkan panggilan sebaik mengucapkan selamat malam kepada Mamanya.



Pintu dibuka dengan malas. Afina menapak masuk ke dalam rumah mamanya. Sudah dua minggu Afika tidak pulang ke rumah mamanya. Kesibukan kerja menghalang Afika berbuat begitu.

”Dah sampai pun anak mama” Dengan wajah gembira menyambut kepulangan Afika.

”Dah lama Afika tak balik, tak rindu mama la tu. Afika pegi naik dulu, nanti turun makan sama-sama, ada tetamu istimewa nak datang” itulah yang diungkapkan kepada Afika yang kebingungan. Siapa pulak yang nak datang. Itulah yang bermain di fikiran Afika. Afika mengorak langkah naik ke biliknya. Afika membuka tudung dan menghempaskan badannya ke katil. Afika merasakan badannya macam nak demam. Itulah kelemahan Afika, selalu demam. Antibodi tak cukup kuat.

No comments:

Post a Comment